Skip to main content

Erti Menerima Islam -Kehendak 2



Kehendak Kedua : Menghambakan diri kepada Allah
            Menghambakan diri kepada Allah bermakna kita menyerahkan ketaatan kita sepenuhnya  kepada Allah . Allah  memberikan kit Al-Quran  sebagai panduan untuk kita taat kepadaNya  dan mengutuskan Rasul untuk menjadi seorang muslim . Perlulah kita berikhtiar untuk mengenali  dan mempelajari cara taat  kepada Allah

Ketaatan kepada Allah ialah dengan mengerjakan segala suruhanNya den meninggalkan segala larangannya. Kita hendaklah melakukan apa yang disukaiNya  dan meninggalkan  perkara yang kita sukai tetapi perbuatan itu tidak disukai Allah .Untuk mengetahui perkara yang disukai Allah dan  dibenci Allah ialah dengan ilmu.  Walaupun perbuatan itu di mata manusia kelihatan mulia tetapi tidak disukai Allah , maka kita mesti berkorban meninggalkanya .
            Kita hendaklah mentaati perintah Allah walaupun dengan mentaati akan menimbulkan bahaya ,ancaman atau  kerugian dari segi nyawa mahupun harta benda. Begitu juga sekiranya  pekerjaan itu menghasilkan keuntungan , tetapi  dibenci Allah  maka kita perlu menolak  walaupun ianya member kekayaan seluruh dunia.
            Dengan mempunyai ilmu dan melakukan amalan yang soleh , seseorang itu akan menjadi  hamba Allah yang sebenar  iaitu hamba yang mendapat darjat dan keberkatan dari Allah .
            Islam itu bukanlah seperti pertalian kekeluargaan .  Nabi Ibrahim  dilahirkan  di dalam rumah penyembah berhala .Anak Nabi Nuh  dilahirkan dalam rumah rasul Allah  tetapi kufur kepada Allah. Hal ini menunjukkan  keislaman bukan berdasarkan kekeluargaan tetapi ia perlu dicari dengan ilmu dan amalan. Lebih banyak kita mengenali Allah lebih banyak kita taat   kepada perintahNya.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah 1.1.1         Sejarah Sekolah Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut: i.          SK Jaya Mulia ii.         SK Sri Sekawan Desa iii.        SK Ayer Baloi iv.        SK Sanglang v.         SK Pulai Sebatang vi.        SK Seri Anom vii.       SK Seri Pulai viii. ...

Key KBKK

Bentuk soalan  KBKK 1.  Pada   pendapat/pandangan  anda …. 2.  Pada pengetahuan sejarah anda .... 3.   Sekiranya anda sebagai pemimpin negara,  apa yang anda lakukan .... 4.   Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, apakah harus anda .... 5.   Sebagai generasi muda, .....    Jawapan yang boleh difikirkan A. Nilai murni Mementingkan keamanan / kedamaian bersikap  kreatif/positif/inovatif sikap keterbukaan/ minda terbuka mementingkan ilmu pengetahuan semangat y ang cekal/ gigih bersatupadu / kerjasama /muafakat/ mengamalkan akhlak yang mulia tolak ansur/toleransi kepimpinan melalui teladan meghormati hak asasi manusia/orang lain /budaya orang lain mengelakkan isu-isu sensitif/ menyakitkan hati orang lain mempelbagaikan kebudayaan mengatasi masalah dengan bijaksana mengutama perpaduan menjaga nama baik negara tid...