Skip to main content

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah

1.1.1        Sejarah Sekolah

Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut:
i.          SK Jaya Mulia
ii.         SK Sri Sekawan Desa
iii.        SK Ayer Baloi
iv.        SK Sanglang
v.         SK Pulai Sebatang
vi.        SK Seri Anom
vii.       SK Seri Pulai
viii.      SK Kg Jawa
ix.        SJKC Chien Hwa, Kg Jawa
x.         SJKC Yung Ming, Sanglang
xi.        SJKC Chi Chih, Ayer Baloi
xii.       SJKC Lee Ming, Jelutung.

Nama SMK Ayer Baloi diambil sempena nama Kampung Ayer Baloi, iaitu tempat dibinanya bangunan sekolah ini.  Pada peringkat awal beberapa orang tokoh tempatan telah dipilih menjadi Ahli Lembaga Pentadbir.  Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tuan Haji Lebai Mohammad Affendi Yaakob, Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Hussin, Encik Omar bin Katon, Encik Hussien bin Mahmood, Encik Omar bin Madek dan Encik Abdul Rahim bin Yaakob
Pada tahun 1967, bangunan sendiri telah siap dibina di tapak seluas 9 ekar yang ada pada hari ini.  Pada tahun 1967 hanya terdapat dua blok sahaja dibina yang menempatkan lapan bilik darjah, dua bilik Ekonomi Rumah Tangga, bilik guru, sebuah makmal dan pejabat.  Pada 1974, bangunan blok C dibina yang mengandungi lapan bilik darjah, dua makmal dan satu pusat sumber.  Pada tahun 1976, surau dibina dengan pembiayaan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG).  Pada tahun 1988, bangunan Blok D dan E siap dibina dengan mengandungi lapan bilik darjah, tiga makmal, bilik guru, pusat sumber, bilik tayang, bilik lukisan dan bilik kaunseling. Pada 1993 blok F siap dibina dengan menempatkan lapan bilik darjah dan tiga makmal.  Pada tahun 2001, Dewan Besar SMK Ayer Baloi siap dibina dan pada 2003 penambahan blok (Blok G) siap dibina.  Sekolah ini juga telah sentiasa membuat perubahan bilik-bilik dengan mewujudkan bilik hal ehwal murid dan makmal komputer.  Kini terdapat terdapat tiga makmal komputer.

Pada tahun 1984, SMK Ayer Baloi menpunyai empat blok yang terdiri daripada 16 buah bilik darjah, bilik perpustakaan, makmal sains, bilik masakan, bilik jahitan, bilik SPBT, bilik kerjaya, pejabat, bilik koperasi, blok seni perusahaan dan surau.  Memandangkan terdapat 34 kelas, sedangkan bilangan bilik darjah sebanyak 16 , maka sekolah dua sessi diadakan.  Kelas Peralihan, Tingkatan Tiga hingga Lima diadakan pada sessi pagi, sementara Tingkatan Satu dan dua di sessi petang.  Pada 8 Julai 1996, sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, Menteri.Pendidikan Malaysia pada ketika itu.

            Sekolah ini telah ditadbir oleh lapan orang pengetua. Berikut ialah senarai pengetua yang pernah mentadbir sekolah ini.
1965-1969                   Encik Ismail bin Rahmat
1969-1970                   Encik Tarmizi bin Hj Redzuan
1970-1975                   Encik  Mokthtaram bin Rabidin
1975-1980                   Encik Kusaini bin Hasboleh
1980-1982                   Encik Radzi bin Abd Rahim
1982-1996                   Encik Abd Wahab bin Sungip
1996-1997                   Tuan Haji Nawi bin Harun
1997-1998                   Puan Hajah Hamidah binti Hussain
1998-2000                   Tuan Haji Fadzil bin Satiman
2000-2008                   Tuan Haji Mohd Zini bin Abdul Fatah
2008-2009                   Puan Tan Moi Yan
2009-2011                   En Mastura Aladdin bin Masro
2011-2014                   Puan Hjh Saedah bte Sariyan
2014 hingga kini         Puan Hjh Rohani bte A.Manaf

1.1.2        Visi dan Misi

SMK Ayer Baloi telah menetapkan visi selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.  Misi sekolah ini juga dirangka selaras dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Melastarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

1.1.3        Objektif

SMK Ayer Baloi juga telah menetapkan objektif sekolah seperti berikut:
i.          Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
ii.         Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,                berketrampilan dan sejahtera.
iii.        Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
iv.        Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

1.1.4        Falsafah dan Nilai

Falsafah dan nilai yang telah ditetapkan oleh SMK Ayer Baloi adalah selaras dengan falsafah dan nilai Kementerian Pendidikan Malaysia.  Falsafah tersebut ialah:
            Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.  Sementera nilai utama kementerian pendidikan Malaysia ialah Bijaksana, Amanah, Dedikasi, Penyayang, Benar, Bersyukur dan Ikhlas

1.1.5        Piagam Pelanggan

SMK Ayer Baloi mempunyai Piagam Pelanggan sebagai satu tekad dan iltizam guru-guru memenuhi kehendak pelanggan.  Berikut ialah Piagam Pelanggan bagi SMK Ayer Baloi
            Kami guru-guru dan kakitangan SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan segala tenaga dan usaha kami:
  1.  i.       Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan berkesan bagi memenuhi kehendak individu, keluarga,masyarakat, dan 
  2.  ii.     Memastikan pelajar menerima pendidikan dari hari pertama hingga hari akhir persekolahan
  3. iii     Berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni
  4. iv.      Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif dan selamat ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  5. v.         Memberi layanan yang mesra perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera.
  6. vi.        Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.
  7. vii.       Sentiasa bersedia dan sanggup menerima segala pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik fizikal dan bina insan
  8. viii       Berusaha menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020.


1.1.6        Lencana Sekolah

SMK Ayer Baloi mempunyai lencananya tersendiri yang membawa maksud tertentu.
 

Obor::                      Simbol yang membawa pengertian bahawa ilmu itu sebagai                                                                 cahaya yang menerangi hidup insan dari kegelapan dan                                                                           kejahilan
Pena dan Nota:  Menggambarkan segala punca ilmu pengetahuan yang perlu  
                                   dicari dan dipelajari
Radas-Radas:    Menggambarkan kepentingan penglibatan pelajar-pelajar dalam  
                             bidang kokurikulum khasnya sukan
Bentuk Perisai:  Melambangkan kerajinan dan ketabahan dalam menghadapi                                                                     cabaran dan rintangan
Warna Hijau:   Lambang kesegaran sekolah dan keharmonian masyarakat  sekolah

1.1.7        Motto

SMK Ayer Baloi mempunyai motto iaitu Berjaya dan Berusaha.  Motto ini bermaksud mengingatkan kepada pelajar agar sentiasa berusaha demi kejayaan dan seterusnya menabur bakti.

1.1.8           Lagu

SMK Ayer Baloi mempunyai lagunya sendiri yang telah dicipta sejak mula sekolah ini dibangunkan.  Malangnya tiada maklumat yang jelas siapa yang mencipta lagu ini. Berikut ialah lagu SMK Ayer Baloi
            Maju sekolahku maju
            Jaya sekolahku jaya
            Berkatlah ya Tuhanku
            Kami semua sentiasa

                        Bangsa serta budaya
                        Negara bangsa dan watan
                        Itu semua kan kami bela
                        Jiwa ragaku korbankan

            Maju sekolahku maju
            Jaya sekolahku jaya
            Berkatilah ya Tuhanku
            Kami semua sentiasa


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN ILMU

INGATLAH 1 “Bacalah (ya Muhammad)  dengan nama tuhan Mu  yang telah menciptakan (1) Telah menciptakan  manusia daripada  segumpal darah(2) bacalah dan Tuhan Mu  amat pemurah(3), yang mengajarkan(menulis)  dengan pena  (4) Yang mengajarkan kepada manusia  apa-apa  yang tiada diketahuinya(5)”                                               (Maksud surah Al –Alaq :1-5)             Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam , yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi, selawat  dan salam ke atas junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w , pengakhiran daripada para nabi , nabi akhir zaman.             Ingatlah , ayat diatas merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang  berkhalwah(duduk di tempat sunyi mengasingkan diri) di Gua Hiraq lalu bertahannuth(beribadah). Malaikat Jibril dating berjumpa Nabi s.a.w  mengajarkan baginda membaca , padahal baginda adalah seorang ummi(tidak pandai membaca).Setelah beberapa kali didesak  , akhirnya ba