Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Siapa Presiden Dr Morsi

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah. Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri. Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982. Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000. Dakwah dan

Lailatur qadar

LAILATUR -QADAR Firman Allah yang bermaksud “ Malam qadar itu, lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan, supaya mengatur segala pekerjaan. Selamatlah malam itu ,hingga terbit fajar .” (Surah Al-Qadar  ayat 3-5) Hadith  Rasulullah  yang bermaksud “ Dari Abi Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang mendirikan (beribadat ) pada malam  qadar , dengan keimanan dan perhitungan ( semata-mata mengharap keredaan Allah ) diampuni  Tuhan segala dosanya yang terdahulu .” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ) Malam qadar merupakan malam satu yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa  oleh Allah s.w.t .Malam itu ialah sebaik –baik malam   . Diriwayatkan daripada  Saiyidatina ‘Aisyah r.a.  bahawa Rasulullah s.a.w.  apabila  tiba  10 hari terakhir  bulan Ramadan , Baginda menhidupkan malam-malamnya  dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isteriny