Skip to main content

Siapa Presiden Dr Morsi

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Sumber : Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah 1.1.1         Sejarah Sekolah Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut: i.          SK Jaya Mulia ii.         SK Sri Sekawan Desa iii.        SK Ayer Baloi iv.        SK Sanglang v.         SK Pulai Sebatang vi.        SK Seri Anom vii.       SK Seri Pulai viii.      SK Kg Jawa ix.        SJKC Chien Hwa, Kg Jawa x.         SJKC Yung Ming, Sanglang xi.        SJKC Chi Chih, Ayer Baloi xii.       SJKC Lee Ming, Jelutung. Nama SMK Ayer Baloi diambil sempena nama Kampung Ayer Baloi, iaitu tempat dibinanya bangunan sekolah ini.  Pada peringkat awal beberapa orang t

KEPENTINGAN ILMU

INGATLAH 1 “Bacalah (ya Muhammad)  dengan nama tuhan Mu  yang telah menciptakan (1) Telah menciptakan  manusia daripada  segumpal darah(2) bacalah dan Tuhan Mu  amat pemurah(3), yang mengajarkan(menulis)  dengan pena  (4) Yang mengajarkan kepada manusia  apa-apa  yang tiada diketahuinya(5)”                                               (Maksud surah Al –Alaq :1-5)             Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam , yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi, selawat  dan salam ke atas junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w , pengakhiran daripada para nabi , nabi akhir zaman.             Ingatlah , ayat diatas merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang  berkhalwah(duduk di tempat sunyi mengasingkan diri) di Gua Hiraq lalu bertahannuth(beribadah). Malaikat Jibril dating berjumpa Nabi s.a.w  mengajarkan baginda membaca , padahal baginda adalah seorang ummi(tidak pandai membaca).Setelah beberapa kali didesak  , akhirnya ba