Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

khutbah Jumaat 27 Dis 13

khutbah Jumaat 27 Dis 13 -asjid  Api-Api. Tajuk: Nikmat Hidayah Ayat:Az Zumar,Ayat. 37 "Dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya.Bukankah  Allah Maha Perkasa Dan manpunyai kekuasaan untuk menghukum?'' Hidayah adalah  barang berharga Taufik Dan hidayat dari Allah. lanya perlu dicari l. Berdoa/Mohon dari Allah 2. Pelajari AlQuran .Quran sebagai petunjuk 3.Iman dibina dengan amal Saleh. Perlulah sentiasa berada dalam cahaya Allah.Carilah jalan petunjuk. Al Isra  ayat 57. . "Orang-orang yang mereka seru itu mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan. siapa diantara mereka yang Iebih dekat kepada Allah. Meveka mengharapkan rahmat Nya Dan takut akan azabNya . sesungguhnya azab Tuhanmu Itu sesuatu yang harus ditakuti"

Khutbah

Khutbah Jumaat 6 Dis 13 Masjid Api-Api, Pontian Perkara ghaib urusan Allah .Jika manusia cuba menganggap mengetahui perkara ghaib ianya boleh membawa rosak aqidah- Antaranya l.Percaya kpd bornoh dan mempercayai ramalan 2. Sihir. ada kerjasama denyan syaitan 3 percaya tangkal azimat . Contohnya letak gunting bawah buaian halau hantu 4- Penyampai berita yang tak berlandas nas spt percaya ramalan bintang, surat berantai Semua ini syirik. Allah tak ampun jika tidak bertaubat

lori tersekat

Lori membawa batu terdekat di tengah jalsn selepas mengisi minyak di jln benut

Erti Menerima Islam -Kehendak 2

Kehendak Kedua : Menghambakan diri kepada Allah             Menghambakan diri kepada Allah bermakna kita menyerahkan ketaatan kita sepenuhnya   kepada Allah . Allah   memberikan kit Al-Quran   sebagai panduan untuk kita taat kepadaNya   dan mengutuskan Rasul untuk menjadi seorang muslim . Perlulah kita berikhtiar untuk mengenali   dan mempelajari cara taat   kepada Allah Ketaatan kepada Allah ialah dengan mengerjakan segala suruhanNya den meninggalkan segala larangannya. Kita hendaklah melakukan apa yang disukaiNya   dan meninggalkan   perkara yang kita sukai tetapi perbuatan itu tidak disukai Allah .Untuk mengetahui perkara yang disukai Allah dan   dibenci Allah ialah dengan ilmu.   Walaupun perbuatan itu di mata manusia kelihatan mulia tetapi tidak disukai Allah , maka kita mesti berkorban meninggalkanya .             Kita hendaklah mentaati perintah Allah walaupun dengan mentaati akan menimbulkan bahaya ,ancaman atau   kerugian dari segi nyawa mahupun harta benda. Beg

Siapa Presiden Dr Morsi

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah. Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri. Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982. Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000. Dakwah dan

Lailatur qadar

LAILATUR -QADAR Firman Allah yang bermaksud “ Malam qadar itu, lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan, supaya mengatur segala pekerjaan. Selamatlah malam itu ,hingga terbit fajar .” (Surah Al-Qadar  ayat 3-5) Hadith  Rasulullah  yang bermaksud “ Dari Abi Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang mendirikan (beribadat ) pada malam  qadar , dengan keimanan dan perhitungan ( semata-mata mengharap keredaan Allah ) diampuni  Tuhan segala dosanya yang terdahulu .” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ) Malam qadar merupakan malam satu yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa  oleh Allah s.w.t .Malam itu ialah sebaik –baik malam   . Diriwayatkan daripada  Saiyidatina ‘Aisyah r.a.  bahawa Rasulullah s.a.w.  apabila  tiba  10 hari terakhir  bulan Ramadan , Baginda menhidupkan malam-malamnya  dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isteriny

Erti Menerima Islam -Siri 1

Erti   Menerima Islam   -Siri 1   (Sedutan dari tulisan Sayyid   Abul   A’la   Maududi) Firman Allah   yang bermaksud           “Pada hari ini telah Aku sempurakan untuk kamu agama mu dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku , dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama   bagi mu”                                                                                       Al- Maidah   , ayat 3           Menerima Islam adalah nikmat terbesar   yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Kita yang menerima islam mestilah bersyukur   dengan nikmat ini sama ada kita dilahirkan dari ibu bapa islam atau kita menerima islam setelah kita menerima hidayahNya .           Tapi bagaimana kita perlu bersyukur ? Kita mesti menjadi muslim yang taat , yang menerima islam seluruhnya, muslim yang sebenarnya .           Bagaimana kita boleh menjadi muslim yang   sebenar-benar muslim.Ada cukup sekadar kita dilahirkan sebagai anak cucu islam, kita berada dalam kelompok bangsa yang beragama i

KEPENTINGAN ILMU

INGATLAH 1 “Bacalah (ya Muhammad)  dengan nama tuhan Mu  yang telah menciptakan (1) Telah menciptakan  manusia daripada  segumpal darah(2) bacalah dan Tuhan Mu  amat pemurah(3), yang mengajarkan(menulis)  dengan pena  (4) Yang mengajarkan kepada manusia  apa-apa  yang tiada diketahuinya(5)”                                               (Maksud surah Al –Alaq :1-5)             Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam , yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi, selawat  dan salam ke atas junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w , pengakhiran daripada para nabi , nabi akhir zaman.             Ingatlah , ayat diatas merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang  berkhalwah(duduk di tempat sunyi mengasingkan diri) di Gua Hiraq lalu bertahannuth(beribadah). Malaikat Jibril dating berjumpa Nabi s.a.w  mengajarkan baginda membaca , padahal baginda adalah seorang ummi(tidak pandai membaca).Setelah beberapa kali didesak  , akhirnya ba

Candi Di Lembah Bujang , Kedah

KISAH DUIT SILING DAN BATU

KISAH DUIT SILING DAN BATU ` Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. TINGGI Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras