Skip to main content

KEPENTINGAN ILMU

INGATLAH 1

“Bacalah (ya Muhammad)  dengan nama tuhan Mu  yang telah menciptakan (1) Telah menciptakan  manusia daripada  segumpal darah(2) bacalah dan Tuhan Mu  amat pemurah(3), yang mengajarkan(menulis)  dengan pena  (4) Yang mengajarkan kepada manusia  apa-apa  yang tiada diketahuinya(5)”
                                              (Maksud surah Al –Alaq :1-5)

            Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam , yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi, selawat  dan salam ke atas junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w , pengakhiran daripada para nabi , nabi akhir zaman.

            Ingatlah , ayat diatas merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang  berkhalwah(duduk di tempat sunyi mengasingkan diri) di Gua Hiraq lalu bertahannuth(beribadah). Malaikat Jibril dating berjumpa Nabi s.a.w  mengajarkan baginda membaca , padahal baginda adalah seorang ummi(tidak pandai membaca).Setelah beberapa kali didesak  , akhirnya baginda mengikut bacaan yang diajar oleh Jibril kepada baginda .Allah memerintahkan nabi s.a.w menjadi seorang  pembaca  dengan kehendak Allah.

            Sedarlah, pengajaran ayat ini kepada kita.  Bacalah Al-Quran  dengan menyebut nama tuhan yang menciptakan  dan tuhan yang mengajar manusia  dengan perkara yang kita tidak ketahui.

Sedarlah , membaca itu jambatan ilmu .Pentingnya ilmu dalam kehidupan kita . Asas untuk menguasai ilmu ialah membaca .Untuk memperolehi kemahiran maembaca kita perlu belajar Belajarlah membaca dan menulis .. Dengan belajar dan membaca dan menulis , kita akan mengetahui pelbagai ilmu.  Belajarlah daripada kepada orang yang tahu , yang jujur dan amanah menyampaikan ilmu.

Sebaik-baik ilmu yang utama kita pelajari ialah ilmu agama dan ilmu wahyu . Ilmu inilah yang akan membawa kita kepada jalan yang selamat dunia dan akhirat., membawa kita kepada menghayati Islam yang sebenar, yang membawa kita keluar dari kejahilan .Yang membawa kita mengenal antara perkara yang benar dan yang jahil ,mengenal dosa dan pahala dan mengenal surga dan neraka ,


            Oleh itu  marilah kita amalkan budaya membaca , cintailah ilmu. Sesungguhnya  harta yang paling bernilai ialah menguasai ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah 1.1.1         Sejarah Sekolah Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut: i.          SK Jaya Mulia ii.         SK Sri Sekawan Desa iii.        SK Ayer Baloi iv.        SK Sanglang v.         SK Pulai Sebatang vi.        SK Seri Anom vii.       SK Seri Pulai viii.      SK Kg Jawa ix.        SJKC Chien Hwa, Kg Jawa x.         SJKC Yung Ming, Sanglang xi.        SJKC Chi Chih, Ayer Baloi xii.       SJKC Lee Ming, Jelutung. Nama SMK Ayer Baloi diambil sempena nama Kampung Ayer Baloi, iaitu tempat dibinanya bangunan sekolah ini.  Pada peringkat awal beberapa orang t