Skip to main content

KISAH DUIT SILING DAN BATU


KISAH DUIT SILING DAN BATU
`

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGGI

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Senyum.  - TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah 1.1.1         Sejarah Sekolah Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut: i.          SK Jaya Mulia ii.         SK Sri Sekawan Desa iii.        SK Ayer Baloi iv.        SK Sanglang v.         SK Pulai Sebatang vi.        SK Seri Anom vii.       SK Seri Pulai viii. ...

Ringkasan bab 1 ting 5

BAB 1 : KEMUNCULAN NASIONALIS DI ASIA TENGGARA 1.1  Imperialisme  Barat ·    Dasar meluaskan pengaruh ·    Menguasai Amerika Latin, Afrika dan Asia ·    Kuasa Portugis, British, Belanda dan Sepanyol ·    Portugis menguasai Melaka ·    Menguasai perdagangan rempah ·    R.Industri wujudkan persaingan ·    Barat menguasai A.Tenggara kecuali Thailand 1.1.2 Faktor-faktor  Imperialisme Barat a. Kedudukan strategik         - antara China – India     b. Menjamin pasaran  yang luas     c.  Tanah Subur     d. Asia Tenggara  kaya bahan mentah     e. Revolusi Industri di Eropah     f. perkembangan sistem pengangkutan          - kapal wap          - bawa muatan banyak ...