Skip to main content

Erti Menerima Islam -Siri 1



Erti  Menerima Islam  -Siri 1
 (Sedutan dari tulisan Sayyid  Abul  A’la  Maududi)

Firman Allah  yang bermaksud
          “Pada hari ini telah Aku sempurakan untuk kamu agama mu dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku , dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama  bagi mu”
                                                                                      Al- Maidah  , ayat 3
          Menerima Islam adalah nikmat terbesar  yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Kita yang menerima islam mestilah bersyukur  dengan nikmat ini sama ada kita dilahirkan dari ibu bapa islam atau kita menerima islam setelah kita menerima hidayahNya .
          Tapi bagaimana kita perlu bersyukur ? Kita mesti menjadi muslim yang taat , yang menerima islam seluruhnya, muslim yang sebenarnya .
          Bagaimana kita boleh menjadi muslim yang  sebenar-benar muslim.Ada cukup sekadar kita dilahirkan sebagai anak cucu islam, kita berada dalam kelompok bangsa yang beragama islam , atau cukup sekadar menlafazkan  dua kalimah syahadah?  Seseorang itu  dikatakan menerima Islam apabila dia menerima keislamannya itu dengan sedar(siuman) dan sahaja(tidak dipaksa) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak islam itu sendiri.
         
Kehendak Pertama: Ilmu
          Kita hendaklah menjadi muslim dengan ilmu iaitu mengetahui ajaran-ajaran NAbi Muhammad s.a.w . Kalau kita tidak mendalami ilmu , kita hanya layak menjadi muslim  dalam keadaan jahil . Ilmulah yang membezakan antara muslim dengan kafir. Dengan mendalami ilmu maka kita tahu bagaimana bentuk hubungan kita dengan Allah, kita tahu jalan mana yang benar agar kira mendapat keredhaan Allah .
Dengan ilmu juga kita dapat merasai nikmat  sebagai muslim.Sekiranya kita hanya menerima hanya sedikit ilmu , maka hanya sedikit sahaja nikmat sahaja yang kita rasai. Kita mungkin gagal membezakan perkara-perkara  yang membawa kepada kekufuran , dan mungkin sahaja kita mudah dipesongkan  oleh agen-egen dajjal.
Dapatlah kita fahami bahawa bahaya terbesar yang dihadapi oleh seseorang muslim ialah kejahilan ntentang islam, kelalaian terhadap ajaran-ajaran Al-Quran  serta suruhan-suruhan NAbi Muhammad s.a.w. Kekurangan ilmu menyebabkan kita tidak dapat melihat jalan yang benar, kita tidak dapat mengesan penyelewengan-penyelewengan yang berupa kesyirikan , kekufuran  dan keruntuhan akhlak  .
Ingatlah, kekalnya zuriat kita atau generasi akan dating sebagai muslim bergantung kepada ilmu yang diterimanya . Kita harus menyuburkan ilmu kepada generasi kita  kerana generasi akan datang  dibentuk oleh generasia sekarang. Sebagaimana kita tidak lupa menyiram , membaja  tanaman-tanaman kita  supaya tanaman kita terus hidup dan subur  , memberi makan dan minum binatang ternak kita agar terus bernyawa . Begitu juga denga roh islam itu sendiri. Kita perlu bajai dan siram iman dan islam  kepada jiwa kita dan anak-anak kita  agar iman dan islam kita dan anak-anak kita terus hidup subur.
Luangkan masa dalam sehari untuk  kita mendengar kuliah-kuliah ilmu secara langsung atau dari rakaman alat-alat teknologi , menbaca , berbincang , berdiskusi mengenai ilmu yang akan membentuk diri kita dan generasi  pewaris kita  menjadi muslim yang sebenar-sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah 1.1.1         Sejarah Sekolah Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut: i.          SK Jaya Mulia ii.         SK Sri Sekawan Desa iii.        SK Ayer Baloi iv.        SK Sanglang v.         SK Pulai Sebatang vi.        SK Seri Anom vii.       SK Seri Pulai viii. ...

Ringkasan bab 1 ting 5

BAB 1 : KEMUNCULAN NASIONALIS DI ASIA TENGGARA 1.1  Imperialisme  Barat ·    Dasar meluaskan pengaruh ·    Menguasai Amerika Latin, Afrika dan Asia ·    Kuasa Portugis, British, Belanda dan Sepanyol ·    Portugis menguasai Melaka ·    Menguasai perdagangan rempah ·    R.Industri wujudkan persaingan ·    Barat menguasai A.Tenggara kecuali Thailand 1.1.2 Faktor-faktor  Imperialisme Barat a. Kedudukan strategik         - antara China – India     b. Menjamin pasaran  yang luas     c.  Tanah Subur     d. Asia Tenggara  kaya bahan mentah     e. Revolusi Industri di Eropah     f. perkembangan sistem pengangkutan          - kapal wap          - bawa muatan banyak ...