Skip to main content

Lailatur qadar

LAILATUR -QADAR



Firman Allah yang bermaksud
“ Malam qadar itu, lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan, supaya mengatur segala pekerjaan. Selamatlah malam itu ,hingga terbit fajar .”
(Surah Al-Qadar  ayat 3-5)

Hadith  Rasulullah  yang bermaksud
“ Dari Abi Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang mendirikan (beribadat ) pada malam  qadar , dengan keimanan dan perhitungan ( semata-mata mengharap keredaan Allah ) diampuni  Tuhan segala dosanya yang terdahulu .”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )

Malam qadar merupakan malam satu yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa  oleh Allah s.w.t .Malam itu ialah sebaik –baik malam   . Diriwayatkan daripada  Saiyidatina ‘Aisyah r.a.  bahawa Rasulullah s.a.w.  apabila  tiba  10 hari terakhir  bulan Ramadan , Baginda menhidupkan malam-malamnya  dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya .

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
“ Dari Aisyah r.a. telah berkata :Bersabda  Nabi s.a.w. : Jaga-jagalah  malam Qadar itu dalam sepuluh   yang terakhir dari Ramadan .“
(Riwayat  oleh Bukhari dan Muslim)

Rahsia Menyembunyikan Lailatur  Qadar
Menjadi pendorong kepada orang ramai  mencarinya supaya  mereka  bersungguh-sunguh  dalam menunaikan ibadah  demi mencari  Lailatur Qadar .

Antara perkara yang disunatkan    pada malam Lailatur-Qadar  ialah berdoa  seperti nama  maksud hadis berikut  yang bermaksud
“ Aisyah bertanya  kepada Rasulullah , “ Ya Rasulullah s.a.wa  andainya aku mendapati Lailatur-Qadar , apakah doa yang patut  ku bacakan? Rauullah s.a.w. berdoa  dengan doa 

اللهم انك عفو , تحب العفو , فاعف عني
yang bermaksud  “ Ya Allah . Sesungguhnya Engkau  Maha Pengampun, Oleh itu  berilah keampunan –Mu untukku

    Kelebihan   lallatur qadar ini lantaran  pada malam itu  dikhaskan  turunnya kitab suci AlQuran . Memperolehi  lailatur qadar   banyaknya pahala  seperti orang yang beramal selama 83 tahun  4 bulan

Antara Peristiwa  Dalam Bulan Ramadan
1.  Perang Badar pada 17 Ramadan 
2.  Kemenangan Makkah  pada 10 Ramadan
3.  Perang Tabuk  9 Hijrah
4.  Penyebaran Islam  ke Yaman  pada 10  Hijrah
5.  Khalid AlWalid  berjaya merobohkan  berhala AlUzza di Nakhlah pada 8 H
6.  Rombongan Thaqif  dari Taif  menemui Rasulullah  memeluk Islam pada  tahun 9H
7.  25 Ramadan 479 H tentera Islam  pimpinan Yusof  Tashipin mengalahkan tentera Perancia pimpinan Alfonso
8.  15 Ramada  658  Sultan Qutuz(kerajaan  Mamalik di Mesir ) mengalahkan  tentera Monggol
9.   Kemenangan Andalusia 28 Ramadan 92 H , Tariq bin Ziyad  mengalahkan Roderick   dalam peperangan al Bukhairah.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah SMK Ayer Baloi

1.1  Latar Belakang Sekolah 1.1.1         Sejarah Sekolah Sejarah SMK Ayer Baloi bermula pada 1965  Memandangkan terdapat dua belas buah sekolah rendah di sekeliling mukim Ayer Baloi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan perlunya membina sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan ini.  Sejarah bermula dengan menumpang di SK Ayer Baloi, Pontian dan SJKC Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian.  SMK Ayer Baloi menerima pelajar dari sekolah rendah berikut: i.          SK Jaya Mulia ii.         SK Sri Sekawan Desa iii.        SK Ayer Baloi iv.        SK Sanglang v.         SK Pulai Sebatang vi.        SK Seri Anom vii.       SK Seri Pulai viii.      SK Kg Jawa ix.        SJKC Chien Hwa, Kg Jawa x.         SJKC Yung Ming, Sanglang xi.        SJKC Chi Chih, Ayer Baloi xii.       SJKC Lee Ming, Jelutung. Nama SMK Ayer Baloi diambil sempena nama Kampung Ayer Baloi, iaitu tempat dibinanya bangunan sekolah ini.  Pada peringkat awal beberapa orang t

KEPENTINGAN ILMU

INGATLAH 1 “Bacalah (ya Muhammad)  dengan nama tuhan Mu  yang telah menciptakan (1) Telah menciptakan  manusia daripada  segumpal darah(2) bacalah dan Tuhan Mu  amat pemurah(3), yang mengajarkan(menulis)  dengan pena  (4) Yang mengajarkan kepada manusia  apa-apa  yang tiada diketahuinya(5)”                                               (Maksud surah Al –Alaq :1-5)             Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam , yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi, selawat  dan salam ke atas junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w , pengakhiran daripada para nabi , nabi akhir zaman.             Ingatlah , ayat diatas merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang  berkhalwah(duduk di tempat sunyi mengasingkan diri) di Gua Hiraq lalu bertahannuth(beribadah). Malaikat Jibril dating berjumpa Nabi s.a.w  mengajarkan baginda membaca , padahal baginda adalah seorang ummi(tidak pandai membaca).Setelah beberapa kali didesak  , akhirnya ba